PRIMA

PELAN PRIMA
Produk Etiqa (Prima)

1. Tujuan plan ialah pengeluaran setiap 3 tahun.
2. Had umur penyertaan ialah 6 bln hingga 54 thn HJAD
3. Tempoh polisi ialah 18,21,24,27,30 tahun.
4. Boleh digabung dengan Medic Save Rider.
5. Kaedah pembayaran ialah Tahunan,Setengah tahun,suku tahun dan Bulanan.



Kelebihan Produk Prima.

* Jika pelanggan berumur 25 tahun dan mengambil polisi 30 tahun. Serta membuat sumbangan bulanan sebanyak RM 300.00
* Jika pelanggan mengalami musibah atau hilang upaya kekal tanpa kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 61,701.00
* Jika berlaku musibah atau hilang upaya kekal dengan kemalangan,pelanggan akan dibayar pampasan Manfaat Asas berjumlah RM 61,701.00

* Dengan menyimpan RM 300.00 sebulan,jika berlaku Kemalangan, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 30,000.00
* Dengan menyimpan RM 300.00 sebulan,jika berlaku Penyakit Kritikal, Takaful akan berikan bantuan kewangan sebanyak RM 30,000.00
* Jika peserta dimasukkan ke Wad mana-mana Hospital,Takaful akan memberi elaun sebanyak RM 100.00 sehari. Jika 10 hari, peserta akan dapat RM 1000.00.
* Simpanan peserta apabila matang akan berjumlah RM 28,457.00 dan jumlah ini tidak akan berkurangan walaupun tuntutan kemalangan,penyakit kritikal atau manfaat hospital telah dibuat.


SELEPAS ITU SETIAP 3 TAHUN TAKAFUL AKAN BAGI BONUS SEBANYAK
RM 6,170.00 CEK TERUS DIHANTAR KERUMAH PELANGGAN.



MANFAAT HOSPITAL - ( MH)

Manfaat Hospital ini mula berkuatkuasa setelah 90 hari dari tarikh permohonan diluluskan sehingga peserta berumur 60 tahun. Tempoh ini dipanggil tempoh bertenang.

1. Untuk kes kemalangan pula, peserta akan dilindungi serta- merta setelah resit dikeluarkan walaupun baru sehari masuk Takaful.
2. Tuntutan Manfaat Hospital mesti dibuat dalam masa 60 hari waktu bekerja.Semasa keluar wad, sila dapatkan discharge note yang ada catatan diagnosis penyakit dan isi borang tuntutan wad di pejabat.
3. Bayaran manfaat hospital akan dibuat melalui cek kepada peserta.Tuntutan yang lebih RM 500.00 mesti ada laporan sakit. Proses cek 1 bulan.
4. Minima tempoh masuk wad ialah 6 jam dan maksima sepanjang tahun,tuntutan boleh dibuat jika masuk mana-mana wad hospital di Malaysia.
5. Jika masuk wad disebabkan bersalin, tuntutan tidak boleh dibuat.Jika tumpah darah atau mabuk mengandung, boleh tuntut separuh bayaran.
6. Had maksima Manfaat Hospital ialah 10 % dari Sumbangan Asas Tahunan atau RM 300 sehari untuk dewasa dan RM 200 sehari untuk juvana, mana yg rendah.



MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL ( CIR )

1. Melalui Rider ini, peserta akan mendapat manfaat tambahan yang komprehensif setelah disahkan oleh doktor pakar,peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal seperti senarai dalam polisi. Pastikan penyakit minima 30 hari pengesahan baru boleh tuntut dan tuntutan dalamasa 60 hari pengesahan penyakit.
2. Contoh penyakit kritikal yang dilindungi ialah pembedahan jantung,radang otak, ketumbuhan otak, parkinson, angin ahmar, lumpuh, koma,buta, pekak, barah dan sebagainya.
3. Jumlah manfaat penyakit kritikal tidak boleh melebihi jumlah manfaat asas dan umor dilindungi bermula 18 tahun sehingga peserta berumor 65 tahun atau mengikut tempoh kontrak, mana yang dahulu.
4. Tempoh peserta dilindungi adalah antara 6 BULAN sehingga maksima 30 tahun atau sehingga peserta 65 tahun atau sehingga tempoh polisi, mana yang dulu.
5. Tuntutan cuti sakit boleh dibuat dalam tabung manfaat kemalangan



TUNTUTAN CUTI SAKIT DALAM – (AIR)

1. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 2.50 seminggu.minima 3 hari dan maksima 52 minggu.

2. Setiap RM 1,000 perlindungan adalah RM 6.00 seminggu jika peserta masuk wad ( hospitalize ).
minima 3 hari dan maksima 25 minggu.

Contoh 1 : (RM 30,000 TANPA MASUK WAD)
AIR = 30 X RM 2.50 = RM 75.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 75.00 = RM 32.14

Contoh 2 : (RM 30,000 HOSPITALIZE)
AIR = 30 X RM 6.00 = RM 180.00 SEMINGGU.
JIKA 3 HARI MC : 3 / 7 X RM 180.00 = RM 77.14

Hanya M.C disebabkan kemalangan sahaja yang boleh di tuntut !!


JADUAL MANFAAT KEMALANGAN :

25 % : Kehilangan seluruh ibu jari dan jari telunjuk pada sebelah tangan.

60 % : Kehilangan seluruh pertuturan

60 % : Kehilangan 2 belah telinga

60 % : Penglihatan sebelah mata.

60 % : Kehilangan 1 tangan atau kaki atas pergelangan

100 % : Penghilangan kedua belah mata.

100 % : Kehilangan 2 tangan atau kaki atas pergelangan.

100 % : Kematian akibat kemalangan


PENGECUALIAN MANFAAT KEMALANGAN :

1. Tentera atau polis semasa menjalankan tugas atau dalam pesawat tentera.
2. Kecacatan mental atau fizikal yang sedia ada.
3. Kecederaan akibat peperangan, rusuhan, gempa bumi dan sebagainya.
4. Penyalahgunaan dadah atau pengaruh alkohol.
5. Membunuh diri atau cubaan membunuh diri.
6. Terdedah bahan nuklear atau radioaktif.
7. Komplikasi akibat HIV / AIDS / SIPLIS dan sebagainya.


Sebarang analisis tuntutan akan dinilai oleh pegawai penilai Takaful termasuk doktor panel Takaful dan penyiasat Takaful.




















































Borang Proposal ( PERCUMA)

Nama




Tarikh Lahir




No. Telefon




Email Address:




Pekerjaan




Pelan pilihan

Mesra

Prima

Sarjana ( kanak-kanak )



Angaran jumlah sumbangan

RM2000

RM1000

RM500

RM300

RM200

RM150

RM100



Adakah anda ingin memiliki Medical Card?

Ya

Tidak



Maklumat Tambahan









Click here to create your own form.

Perbezaan Takaful & Insuran

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
• a) Tabarru' dan Mudarabah
• b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-







































Insuran KonvensionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung
insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru'(Derma & sumbangan)yang
disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium
kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Sumber rujukan dari http://www.zaharuddin.net/

Apa Itu Takaful


Assalamualaikum dan Selamat Datang,

Semoga anda berada dalam keadaan sihat dan ceria.


Makna Takaful

Takaful bermaksud “satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain”. Mengikut tafsiran syara’ ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”.


Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

* Menjaga kebajikan sosial
* Mewujudkan keharmonian sosial
* Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, “The fortune many compensate the unfortunate few”.


Ciri – Ciri Takaful

Tiada unsur riba’ tiada unsur gharar (ketidakpastian) tiada unsur maisir (judi) ada tabarru’ (derma ikhlas) ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan) akad yang dipersetujui.

* Tiada unsur riba
* Tiada unsur gharar ( ketidakpastian )
* Tiada unsur maisir ( judi )
* Ada perkongsian Al-Mudharabah ( keuntungan )